Resepi Udang Masak Lemak Cili Api (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api (SbS)

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api | Anda boleh try resepi ini untuk masak lemak cili api. Mana tahu ini salah satu resepi yang memikat selera anda. woww...!!! jom cuba.. huhu


Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Khairul Hakimin Muhammad

Jum Like : Aneka Resepi Masakan



1kg udang dibasuh bersih-bersih..



Bahan:

✔️ 1kg udang

✔️ 2 inci kunyit hidup

✔️ 1 genggam cili padi

✔️ 1 biji bawang besar

✔️ 2 helai daun kunyit

✔️ 3 batang serai

✔️ 1 cawan santan pekat

✔️ 1 cawan air

✔️ 1 sudu besar serbuk kunyit

✔️ Garam secukup rasa

Masukkan udang dalam periuk. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan bawang besar. Terus masukkan dalam periuk. Jangan hidupkan api lagi.



Jangan hidupkan api lagi, masukkan santan pekat.



Masukkan air, kacau rata barulah hidupkan api.



Masukkan serai dan daun kunyit. Kacau rata.



Bila sudah mendidih, masukkan serbuk kunyit dan garam. Kecilkan api.



Rasa sedikit,  jika semua bahan sudah rasa. Tutup api. 

Selesai. Hidang bersama nasi panas-panas. Fuhhh!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..



About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Udang Masak Lemak Cili Api (SbS)"

Post a Comment