Resepi Roti Canai Terbaik Bonda | Hari ini saya rasa nak share tutorial roti canai ibu yang paling sedap di alam semesta ! Hihi.. tak semua orang hebat buat roti canai yang rangup dan crispy ni kan. So far ibu saya punya memang terbaik.
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Ross Syed Hassan
Join Group : Geng Masak Bersatu (GMB)
2 cawan tepung gandum .
Tak kisah lah cap ape. Ibu pakai cap sauh je..
1/3 sudu kecik garam halus.
Jangan terlebih kang masin sangat xtauu. Hihi
1/2 cawan air biasa (kalau air panas pun lagi ok, roti jadi lembut).
Kat sini kena kreatif sikit. Kena agak-agak kalau doh tu masih keras tambah sikit air lagi. Jangan banyak sangat takut lembik..
1 sudu besar planta..
Petua nak bagi roti tu garing ni dia.. 1 sudu susu pekat manis. Nanti roti akan jadi lembut-lembut crispy gitu.
Ok. Now uli doh. Buh je semua dalam 1 bekas nak uli sampai penat tangan . Hehe.
Smpi sebati lah ye.. kalau keras sikit doh tu tambah lerr air. Tapi kena sukatan sikit..
Bila dah sebati asingkan doh tu macam bebola daging. Agak-agak besar genggaman tu ok lah.
Jangan kecik sangat sudah.. Pastu calit-calit sikit planta atas dia.
Sekarang doh dah siap di uli dan diletak planta. Boleh lah dibiarkan seketika doh tu dalam 1-2 jam (kalau nak makan cepat). Kalau x, buat doh waktu malam dan esok yer boleh lah dicanai..
Proses menebar roti.. nk buat gaya macam mana pun xpe. Janji nipiskan permukaan tepung tu. Jangan sampai koyak..
Tarik-tarik sikit sampai dia nampak tegang gituu.. kalau nampak permukaan dia ada tepung lagi. Tarik sampai nampak licin..
Then. Jadikan dia panjang camtu tarik-tarik sikit..
Gulung smpai jadi mcm tu..
Tepekkan atas dia. Jadik lah seketul doh yang siap di canai..
Masa nak goreng tu lenyek kan dia sikit pakai tangan jadikan selebar tapak tangan pun ok.
Masukkan sesudu minyak dan masak sampai die garing.
Nak lagi garing buh minyak sikit sikit.. sampai nampak keperangan-perangan..
Cicah dengan sardin... phewwww sedap mabeles...... selamat menjamu selera.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
sedapnyer tgk
ReplyDeleteNak tanya la..uli tu nak kena lama ke..? Kalau terlebih uli macam mana yea...lagi bagus ke tak?
ReplyDeleteNak tanya la..uli tu nak kena lama ke..? Kalau terlebih uli macam mana yea...lagi bagus ke tak?
ReplyDeletekurang2 2 jam
DeleteDah buat..mmg best dan mudah sgtt
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Roti canai in the making.. Sok pagi baru boleh tebO.. Terima Kasih BONDA..:)
ReplyDeleteTerbaik hehhhe terima kasih
ReplyDeleteSaya share yer. Tq
ReplyDelete