Resepi Puteri Ayu Marble | Selain menarik kombinasi pandan dan coklat memang serasi.. resepi mudah dengan kuantiti percubaan yang sedikit memudahkan anda mencuba resepi ini, ha gitu skema kan hehe.. jom cikedot resepi..
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Azlina Ina
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan-bahan:
✔️ Kelapa ambil putih sahaja dalam 1 cawan setengah
✔️ 1sb tepung ubi
✔️ Garam sedikit
✔️ Gaul rata semua kukus 5 minit supaya mudah tekan dasar kuih kelapa tak lerai
Bahan untuk Apam Puteri:
✔️ 2 bijik telur
✔️ 1sb ovalate
✔️ 3/4 cawan gula tak nak manis kurangkan (gula halus)
✔️ 1 cawan tepung bluekey atau tepung gandum +1sk baking powder pilih mana-mana
✔️ 1/2 cawan susu segar atau santan kotak mana-mana
✔️ 1sk perisa pandan
✔️ 1sk pewarna hijau
✔️ 1sb serbuk koko
Pertama satukan gula telur dan ovalate
Mix sampai gebu
Sementara tu boleh tekan kelapa pada dasar acuan yang dah disapu minyak dulu
Masukkan tepung dalam adunan mix tadi kaup balik iaitu ceduk dari dasar mixer bowl ke atas aduann sampai rata
Masuk susu cair dan kaup balik juga
Bahagi dua sama rata dan letak perisa
Kacau
Masuk piping beg supaya mudah nak masuk dalam acuan atau plastik biasa pun boleh
Buat macam ni
Sampai abis
Panaskan kukusan dan kukus api besar 5 minit je kalau guna pengukus penutup kaca tak yah la balut penutup dia kalau pengukus biasa balut
Keluarkan dari kukusan woww comel
Keluarkan dari acuan amboi beseri kan
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Puteri Ayu Marble (SbS)"
Post a Comment