Resepi Pes Ikan Pari Bakar (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Pes Ikan Pari Bakar (SbS)

Resepi Pes Ikan Pari Bakar | Resipi yang dicari cari ramai orang bagaimana nak buat ikan bakar di rumah sendiri tanpa kita perlu menyalakan arang.

Di Johor Bahru, ikan bakar yang disajikan di restoran makan memang lain dari yang lain kerana ikan diperap dengan pes istimewa dan beraroma.

Jom kita intai resipinya. Resipi ini dari pengusaha kedai makan. Saya panjangkan resipinya agar panjang juga pahalanya.


Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Rafiza Idayu




Bahan bahan :

✔️ 30 biji lada kering direbus

✔️ 3 batang serai

✔️ 2 biji bawang besar

✔️ 3 ulas bawang putih

✔️ 1 sudu lengkuas

✔️ 1 sudu kecil belacan

✔️ Limau kasturi

✔️ Sedikit asam jawa

✔️ Ikan pari

✔️ Daun pisang

✔️ Gula dan garam



Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.



Masukkan 1 sudu lengkuas. 

Saya gunakan Lengkuas Anjaad sebab lengkuas sukar diperolehi di kedai.



Masukkan 1 sudu belacan Anjaad.



Masukkan sedikit air asam jawa.



Masukkan garam 1 sudu kecil.



Masukkan 3 sudu gula.



Masukkan 2 sudu kecil gula merah.



Blend semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati.

Kita nak pes kita agak pekat kerana semasa memasak air ikan akan keluar.



Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.



Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan.



Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.



Ikan dah siap siap diratakan.

Boleh gantikan dengan ikan cencaru dan ikan lain.



Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah. 

Perah semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.



Tutup ikan.



Gunakann api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.

Sebab itu ikan perlu ditutup semasa masak.



Masak dalam 15 hingga 20 minit. 

Alhamdulillah... cantik kejadian ikan bakar kita.

Money back gurantee tau kalau resipi ini tak jadi. Ehhhh!!

Gurau jer... cuba tau. Sedap sangat. Mak cik tu ajar Ayu masa Ayu masih sekolah. Nasib baik ingat lagi resipi ni.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Pes Ikan Pari Bakar (SbS)"