Resepi Pai Pisang McD (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Pai Pisang McD (SbS)

Resepi Pai Pisang McD | Hari ni nak kongsikan cara buat banana pai yang sedap kat mcd tu kan.. kalau kat mcd 1 je dah 4 henggit.. ni modal sepuluh hinggit dapat 10 biji... Puas hati makan...

Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Fauzana Muhamad




Bahan-bahan:

✔️ Pisang berangan 5 biji

✔️ Gula perang 1/2cawan

✔️ Pastri 1 bungkus 

✔️ Minyak untuk mengoreng

Cara:

Pisang dibuang kulit, dipotong kecik... masukkan dalam kuali tanpa air atau minyak..



Biarkan sampai lembut sambil cicang-cincang sikit guna penyudip...



Bila dah nampak lembik sikit, masukkan gula perang kalau suka masuk sikit serbuk kayu manis.. yang ni tak letak pun. 



Gaul ratakan dah nampak berkeremal tutup api biarkan sejuk..



Pastri prata kawan dipotong 4..



Letakkan inti pisang tadi dan tindihkan dengan lapisan pastri yang di depannya itu..



Kapitkan/claim tepi-tepi dengan garfu...1 pastri boleh dapat 2 pai...




Ini hasilnya sebelum digoreng..



Goreng dalam 3 ke 4 minit atau hingga kulit warna perang dengan api serdahana...



Tadaaa...!!

Selamat mencubaa..
Jangan lupa share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Pai Pisang McD (SbS)"

Post a Comment