Resepi Laksa Penang Kaw! (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Laksa Penang Kaw! (SbS)

Resepi Laksa Penang Kaw! | Resepi daripada sepupu isteri. Memang sedap memang terbaik.. rugi tak cuba.. Apa-apa soalan boleh kemukakan.. :D

Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Hazizun Zie




Bahan-bahan:

✔️ 4 biji Bawang besar 

✔️ 2 biji bawang putih

✔️ 15 Biji lada kering (nak pedas, tambah lagi)

✔️ 15 ekor ikan sardin (boleh juga ikan kembung)

✔️ 7-8 asam keping (untuk rebus bersama ikan)

✔️ Bunga kantan

✔️ Timun

✔️ Telur 

✔️ 2 inci belacan

✔️ Limau nipis

✔️ 1 plastik laksa

✔️ Daun kesom



Beli laksa cik siti ni haa... boleh la..

Rebus dan toskan..



Rebuskan telur



Ikan direbus bersama-sama asam keping..

Rebus sehingga masak..



Keadaan beliau selepas direbus..



Asingkan isi dari tulang temulang.. 



Jangan buang tulang dan air rebusan.. 

Air dan tulang tadi kita blend dan tapiskan. 

Ambil air tersebut...



Blendkan lada kering tadi bersama-sama bawang besar, bawag putih dan belacan..



Hasil yang kita kisar tadi...




Lepas dah lumat bahan kisar, masukkan isi ikan dan blend lagi sampai hancur..



Masukkan dalam periuk bahan blend tadi bersama air blend tulang ikan..

Masukkan juga bunga kantan yang diketuk ketuk. 2 batang kalau ikut resepi ini..

Jangan dilupa daun kesom, masukkan juga.. Kalau kuah pekat boleh masukkan sedikit air..

Rasa dan ejas dengan garam jika tak cukup masin.

Kacau rata dan biar sehingga mendidih..



Okeh ni hasilnya, timun tak sempat nak potong, tak sabar nak ngappp!!!! hehehe..

Selamat mencuba..
Jangan lupa share...


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Laksa Penang Kaw! (SbS)"

Post a Comment