Resepi Kerepok Lekor Sedap | Hari ni saya nak kongsikan cara cara nak buat keropok lekor.. Semoga bermanfaat untuk semua.. jom cuba..
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Gee Fauziah
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan-bahannya:
✔️ 1 mangkuk isi ikan (ikan ikut suka hati)
✔️ 1/2 mangkuk tepung sagu ubi
✔️ 1/2 mangkuk tepung jagung
✔️ Garam dan serbuk perasa (serbuk perasa ikut suka hati ye) secukup rasa ya..
Cara:
1. Isi ikan tak payah rebus buang isi perut, basuh, pisah kan isi dengan tulang lepas tu kisar dengan sedikit air dan 2 sudu besar minyak..(air tu jangan banyak setakat boleh pusing blender tu je..)
2. (Sila lihat setiap gambar untuk langkah-langkah seterusnya)
Satu mangkuk isi ikan yang telah di kisar..
Bersama sedikit air dan 2 sudu besar minyak..
1/2 mangkuk tepung jagung dan 1/2 mangkuk tepung sagu ubi jadi kan 1 mangkuk...
Tepung sama banyak dengan isi ikan..
Uli tepung bersama dengan isi ikan, garam dan juga serbuk perasa.. secukup rasa ye..
Doh ni memang agak lembik sikit..
Letak tepung di tapak tangan supaya doh tidak melekat di tangan...
Ambil doh tadi bentuk kan seperti keropok lekor
Jangan lupa tabur tepung di dulang..
Gentel-gentel ye...
Ni yang dah siap di bentuk..
Rebus keropok lekor...
Bila sudah terapung boleh lah di angkat..
Dah siap di rebus...
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Kerepok Lekor Sedap (SbS)"
Post a Comment