Resepi Kentang Gembira Ranggup | Tak tahu apa nama kentang senyum ni sebenarnya. Orang buat kita pun nak buat kan!. Tapi kan anak-anak tengok.. Diaorang pun tumpang senyum.. Hehe
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Siti Hasnah Rahman
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
3 biji kentang yang besar-besar (sebiji tu dah penuh tapak tangan saya)
Rebus dan dilecek sampai halus..
Dah lecek kentang, masukkan :
✔️ 2 cawan tpg gandum
✔️ 1/2 cawan tepung jagung
✔️ 1 cawan serbuk roti
✔️ 1sudu besar planta
✔️ Gula & garam secukupnya
✔️ Sebaiknya lebihkan gula sikit biar manis sikit, budak-budak suka.
✔️ Gaul semua bahan..
Parut kan cheese ceddar kalau suka..
Kalau tak suka tak payah letak.. Suka hati korang ok
Uli sampai jadi macam ni
Ni peralatan :
✔️ Alat mencanai
✔️ Straw ( tak de straw, pinjam anak punya bekas air )
✔️ Sudu & cawan
Canai dan buat mula membentuk
Bentukkan mulut dengan sudu plastik yang tumpul
Cungkil mata dengan straw tadi..
Kalau melekat, sapu tepung atau minyak
Dah senyum-senyum dah diorang minta digoreng.. huhu
Kena goreng pun senyum... hehe
Goreng elok-elok.. Api jangan kuat sangat nanti muka naik jerawat batu..
Goreng api sedang-sedang ja.
Tadaaa!! Senyum sampai telinga...
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
klu xletak serbok roti boleh x?
ReplyDeletejadi kurengg la sikit
Delete