Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Sheena Supramaniam
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan-bahan untuk diblend. Bawang besar 1 cukup.
Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Bawang besar 2 dihiris, jintan manis ditumbuk kasar, tomato 2 biji
Garam masala. Secubit je cukup. Kalau terlebih nanti kari pahit.
*Dyana AdYa : Never use this garam.. What a different from regular salt?
Sheena Supramaniam : Sis.. garam masala tu bukan salt la... garam masala tu perkataan asal hindi. Garam tu spices kalau x silap saya..
Kentang 2 biji
Minyak sedikit saja. Tumis seperti di gambar
Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
Tumis sampai pecah minyak dan naik bau
Masukkan jintan manis
Masukkan bawang
Masukkan daun kari
Masukkan mutton dan tomato separuh.
Kacau sekejap.
Tambah air smpai mutton tenggelam.
Secubit garam masala dan kunyit 1 teaspoon. Api perlahan.
Kacau dan tutup kuali.
Biar masak 30 minit
Sekali sekala kacau. Jangan biar kering.
Masukkan kentang lepas mutton soft.
Lepas kentang dah masak.
Masukkan cili powder dan serbuk kari ayam/daging. 2:2
Kacau sekejap dan tambah tomato separuh lagi.
Biar mendidih
Bila minyak dah terbit... letak garam secukup rasa dan daun kari sikit
Ok dah siap. Kalau ada daun ketumbar, cincang dan tabur sikit
Slow cook ye.. saya ambil masa dekat 2 jam nak buat kari ni. Api kena perlahan dari start masak smpai habis. Sementara mutton tengah masak boleh buat keje lain...
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Kari Kambing Terbaekk! (SbS)"
Post a Comment