Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Mala Marissa II
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Masak sambalnya dulu... Kalau tumisannya betul dan lama, boleh simpan dalam peti ais sebagai pes ikan bakar. Saya selalu buat macam tu. Senang bila nak bakar ikn, dah ada dalam peti ais. Sebulan pun tahan
Sambal untuk 4 ekor Ikan Cencaru :
1. Rebus lada kering segenggam.
2. Blend bawang besar separuh, bawang putih 5 biji, halia setengah inci, kunyit setengah inci, serai potong -potong 3 batag, lada kering yang direbus.
3. Panaskan kuali.. Bila minyak dah panas masukkan bahan yang dikisar. Tumis sampi pecah minyak. Masukkan garam, gula, ajinamoto dan air asam jawa. Tumis sampi sambalnya masak.
4. Siap !
Nota : Kesedapan ikan bakar terletak pada sambalnya. Sambalnya power, ikan bakarnya pasti umphhh gitu!
Kunyitkan ikan cencaru bersama garam dan ajinamoto sikit. Baru sedap. Saya suka belah ikan macam ni biar sambal nya meresap bila dibakar.
Balutkn ikan dalam daun pisang.
Bakar ikan di atas kuali. Jangan letak sambalnya dulu sebab nanti dia meleleh-leleh.
Tutup dengan penutup periuk.
Bakar dalam 15 minit.
Taraaaaa... Baunya masa ni ya ampunnnn punyalah sedap tahap dewata !
Nampak tak ikan pun dah masak sempurna...
Tuang sambal ke atas ikan... Ratakan....
Tutup daunnya semula. Bakar lagi dalam 5 minit bagi sambal nya meresap dengan ikan.
Nah.. Tunggu apa lagi ? Jomlah kita makan.
Perahkan air limau atas ikan... Memang sedap !!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
tak pasti mcmne dikatakan masak dlm kuali tu..
ReplyDeleteadakah letak di belah bontot kuali?
adakah letak terus atas tungku dapor?
or
adakah letak di dalam kuali tanpa minyak lalu ditutupkan?
ini kuali leper dan yup letak atas kuali tanpa minyak...
Delete