Resepi Honey BBQ Chicken Wing | Assalamualaikum, jom sama-sama mencuba HONEY BBQ CHICKEN WING, mudah,senang dan Sedap! Bahan-bahan pun tak sampai 10 jenis je tau! Jom...
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Habeebah Md Daud
Bahan 1:
✔️ bijan putih
✔️ 1/2 botol sos BBQ
✔️ 1/4 botol madu
Bahan 2:
✔️ 3/4 mangkuk tepung gandum
✔️ sedikit pepper
✔️ sedikit garam
8 ketul Chicken wing (potong dua)
*dapat dalam 16 pcs
Tepung yang dah mix dengan pepper dan garam
Salut ayam dengan tepung.
Deep fry, api sederhana. pandai-pandai control ya.
Hasil kejadian, kekuningan.. ayam rangup-ranggup selepas digoreng
Masukkan sedikit butter @ margerin. Cairkan..
Masukkan sos BBQ half botol..
Masukkan madu 1/4 botol. Nak bagi manis lebihkan ikut citarasa masing-masing.
Kacau sampai melekit..
Masukkan ayam, gaul rata . Ayam akan serap sos itu.
Taburkan bijan putih,
TADAAAAAA!!... sedapp makan camtu je. kadang pi pizza hut, selalu tak cukup.
So buat sendiri lagi jimat dan berbaloi. hehe Happy tummy
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Honey BBQ Chicken Wing (SbS)"
Post a Comment