Resepi Daging Masak Lemak Cili Api | Mula-mula terasa nak makan benda lain tapi masaknya yang lain.. hihi.. so malam ini saay masak Lemak Cili Api Daging dengan Kentang je.. makan dengan nasik panas-panas dengan Ikan Bilis Goreng campak Bawang dan cili tu memang betul-betul HooLiow..haha
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Aisha Shukor
Join Group : Geng Masak Bersatu (GMB)
Ni bahan-bahannya;
✔️ Daging batang pinang 1/2 kilo
✔️ Kentang sebiji potong 12
✔️ Santan 1/2 kilo
✔️ Cili api ikut suka
✔️ Bawang besar setengah biji
✔️ Bawang putih seulas
✔️ kunyit hidup besar ibu jari
✔️ asam keping dua keping
✔️ serai dua batang dititik
✔️ daun kunyit dihiris (terlupa masuk gambar)
Blend cili, bawang dan kunyit dan lebur la semua yang uolls nampk tu
Balik-balikkan letak air satu mangkuk
Tutup kuali dan biar empuk dan kering airnya setengah kuantiti asal
Masuk santan dan kacau jangan bagi pecah minyak ok
Tabur daun kunyit dan masuk asam keping..kacau sampai menggelegak
Masuk garam secukup rasa
Masak lagi 5minit dan siap!
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Daging Masak Lemak Cili Api (SbS)"
Post a Comment