Resepi Ayam Cili Kering Chinese Style | Resepi dari kawan cina i.. kita tukar menu ya.. chinese style.. ni kalai guna kicap cap enaq ye.. sesuai dengan nama dia sebab memang enak lah kicap ni... selamat mencuba semua..
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Kalaivani Vj
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
1st perap separuh ayam dengn tepung ubi, tepung gandum dan garam dalam setengah jam dan goreng sampai masak.. jangan garing sangat ye
Bahan-bahan:
✔️ Bawang besar 3 poting besar-besar
✔️ Halia dalam 5 cm kupas kulit dan potong
✔️ B.putih dalam 10 ulas potong kecil-kecil.. dicincang
✔️ Cili kering
✔️ Serbuk cili kering babas
✔️ Sedikat tepung jagung dicampur dengan air untuk pekatkan kuah..
Goreng bawang besar dan cili kering dengan minyak ye.. ketepikan.. jangan goreng semua simpan sikit bawang besar untuk tumis ye..
Panaskan minyak sikit.. tumis bawang besar dan halia sampai bawang tukar warna
Masukkan 2 sudu kecil serbuk cili kering.. jangan banyak sangat.. nanti kalau pedas.. rasa dia lain macam jadinya..
Tambah air.. masak sampai pecah minyak..
Stage ni masukkan kicap lemak manis dan kicap lemak masin ye.. kicap manis kena lebih ckit.. kalai pakai kicap cap enaq ye..
Masak kicap sekejap.. dan masukkan ayam goreng tadi..
Gaul sebati.. tambah air sikit. biar ayam masak dalam kicap tu sekejap...
Time kicap dah nak mendidih.. masukkan tepung jagung yang kita campur dengan air tadi.. kalau nak kuah pekat sangat boleh tuang banyak.. kalau tak nak pekat sangat sikit dah cukup..
Gaul sebati.. time ni kicap tu dah pekat dah.. so boleh campur bawang dan cili kering yang kita goreng tadi.. gaul lagi.. rasa.. dah ok.. tutup api..
Last sekali masukkan bawang putih cincang tadi tu.. gaul sebati lagi.. siap..
Tadaa... So macam nilah nanti ayam cili kering kita.. sedap kalau makan dengan nasi putih dan sayur.. nak tambah daun bawang pun boleh.. ikut selera masing-masing..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Ayam Cili Kering Chinese Style (SbS)"
Post a Comment