Resepi Talam atau Bingka Berlauk | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Talam atau Bingka Berlauk

Resepi Talam /Bingka Berlauk | Jom masak resepi ini. Sedap tau..

tak cuba, rugi sangat-sangat.. huhu


Bahan-bahannya:
  • 6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
  • 400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
  • 1 1/2 camca besar tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

Bahan untuk lauk:
  • 200 g daging cincang1 biji bawang besar, cincang
  • 1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
  • 1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
  • 1 1/2 camca besar rempah kari daging
  • 1 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
  • 500 ml air
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan:
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng

Cara penyediaannya:

UNTUK LAUK :-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili.
  2. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah.
  3. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering.
  5. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.

UNTUK BINGKA ROTI:-

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega.
  2. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.

UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :-

  1. Keluarkan bingka dari oven tadi.
  2. Tekan sedikit dengan sudu.
  3. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali.
  4. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
  5. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Oleh : Mat Gebu

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..

Resepi Talam atau Bingka Berlauk http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Talam atau Bingka Berlauk"

Post a Comment