Resepi Paprik Ala Thai (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Paprik Ala Thai (SbS)

Resepi Paprik Ala Thai | Resepi yang MUDAH tetapi lengkap dengan protein dari ayam dan sumber vitamin dari sayur. Sesuai dimasak oleh wanita bekerjaya yang kesuntukan masa untuk memasak. Mesti cuba! Paprik mempunyai keunikan rasa iaitu kombinasi rasa serai dan daun limau purut yang kita infused dalam kepelbagaian sos dan kicap yang digunakan. Memang terangkattt!!! pehhhh!!! jom cuba paprik ala thai kaw!

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Sumber : FB Rafiza Idayu


Resepi Paprik Ala Thai http://banyakresepi.blogspot.my/


Bahan bahan utama

1. Ayam yang dipotong kiub.
2. 4 biji bawang putih diketuk

3. 1 biji bawang besar dihiris kasar.

4. Sebiji cili merah dihiris atau cili padi yang diketuk

5. Lobak

6. Kacang Panjang

7. Tomato




Inilah barisan sos dan kicap yang akan digunakan.

Biasa tak jeling jeling di ruangan masak dapur di restoran Thai. Berapa banyak bekas bahan bahan yang mereka cedok cedok dan masukkan dalam masakan yang kita tempah.

Mari kita bongkarkan ramuan tersebut. 

1. Sos Tiram
2. Kicap
3. Sos Tomato
4. Sos Cili
5. Sos Thai (sos yang selalu digunakan untuk deep sotong celup tepung atau keropok)
5. Sos Wortescershire (haha... ni tersauk sekali masa nak ambil gambar. Tak guna pun)
6. Serai Terbotol Anjaad
7. Daun Limau Purut Anjaad



Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.



Apabila bawang naik bau, masukkan ayam.



Masukkan Serai Anjaad dalam 1 sudu kecil.

Untuk tahu tentang perbezaan Serai Kampung dengan Serai Peha Ayam, boleh lihat posting saya sebelum ini perbezaan ke duanya.



Masukkan Sos Tiram 2 sudu besar.



Masukkan kicap 2 sudu besar.



Masukkan Sos Tomato 2 sudu besar.



Masukkan Sos Cili 1 sudu besar.



Masukkan setengah cawan air.



Tutup dan biarkan mereneh dalam 20 minit. Kacau sekali sekala.

Tiada dalam gambar. Saya masukkan 1 sudu Sos Thai. (Sos tersebut dah nak habis, masukkan sedikit air dalam botol dan goncangkan)

Hasilnya, emmm.. lagi sedap dan tak perlu tambah gula.



Apabila ayam sudah empuk, masukkan segala mala sayur yang berkenaan.



Siap masakan Paprik kita. 

Alhamdulillah, cantik kejadian Ayam Paprik Ala Thai.

Saya tak masukkan garam dan gula kerana bahan bahan sos terutama sos tiram sudah mempunyai rasa masin yang kuat. 

Lihat posting saya sebelum ini tentang tips masakan apakah perbezaan Sos Tiram dengan Sos Perisa Tiram.


Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Paprik Ala Thai (SbS)"

Post a Comment