Resepi Pancake Butter Gebu (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Pancake Butter Gebu (SbS)

Resepi Pancake Butter Gebu | Pengenalan Pancake/Lempeng - Lempeng juga salah satu makanan yang amat dikenali di Malaysia khususnya pada penduduk Melayu. Ia dikenali sebagai "pancake" dalam Bahasa Inggeris, kerana ia dibuat diatas frying pan. Penkek merupakan kata pinjaman dari pancake , boleh dijumpai secara bertulis di Malaysia. Bahan utama lempeng ialah bater, dimana bahan asas untuk membuat lempeng ialah tepung gandum, air dan sedikit garam. Selain tepung gandum, ada sebahagian tempat menggunakan tepung beras.

Untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus, masukkan telur. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Jom cuba sendiri, resepi di bawah:

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan susu segar (suam)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu butter/minyak jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 4 sudu besar gula
  • Secubit garam

Cara-caranya :
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder, cream of tartar dan garam
  2. Masukan susu, gula dan telur dan gaul sebati (pakai whisk je) masukan bersama butter/minyak jagung tadi.. gaul hingga sebati
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel (tapis) biarkan 10 minit
  4. Panaskan kuali non stick, sapu sedikit butter dan tuang 1 senduk
  5. Bila sudah mula bersarang, terbalikkan dan keperangan boleh la diangkat
  6. Siap!!mkn bersama honey/butter/nutella, jem dll..

Sumber : Pemilik resepi

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Pancake Butter Gebu http://banyakresepi.blogspot.com/




About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Pancake Butter Gebu (SbS)"

Post a Comment