Resepi Mexican Bun Ala Roti Boy (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Mexican Bun Ala Roti Boy (SbS)

Assalamualaikum

Resepi Mexican Bun Ala Roti Boy | Ni sy share resepi mexican bun atau ala2 roti boy. Lembut didalam..rangup di luar. Masa bakar bau wangi kopi 1 rumah..mmg tak sabar nak makan

1 adunan dpt lebih kurang 17 biji..byk tak pe masak lebih boleh bg jiran kan..nak beli sebiji dh rm 2 keatas..klu anak ramai jenuh jugak nk beli tu..lebih baik buat..anak2 rasa air tangan ibu..bertambah erat kasih syg anak dan suami makan masakan kita.

Jom cuba!


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Resepi Mexican Bun @ Roti Boy

Bahan Doh:
  • 500g tepung roti (high protein)
  • 1 sudu teh bread improver (optional)
  • 1 sudu teh bread softener (optional)
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh yis. Sy guna mauripan
  • 75g gula castor
  • 1 biji telur..pukul sedikit
  • 250ml susu segar
  • 60g butter

Cara:²

1. Satukan tepung,gula dan garam dlm mgkuk dan gaul rata

2. Masukkan yis, bread improver, bread softener dan gaul rata

3.masukkan telur & susu segar. Uli hingga jd doh

4.masukkan butter dan uli smpai dok tak lekat di tangan,kenyal dan licin dalam 20 minit atau hingga elastik. 

TIPS jika uli gunakan tangan. Lepas dh jd doh,masukkan doh td dlm plastik dan ramas2 doh td selama 10 -15 minit. Kemudian masukkan dlm bekas td dan uli semula. InsyaAllah doh akan elastik dan lembut.

5. Rehatkan doh selama 45 -60 minit dan biarkan kembang

6. Bulat2kan doh dgn berat timbangan 55g

7. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti di tengah2 dan balut kemas. Susun dalam dulang pembakar dan jarakkan 1 1/2 inci. Buat hingga habis.

8. Tutup guna kain bersih dan rehatkan dok selama 10 minit hgga doh kembang..tutup dgn kain lembab atau wrapkan dgn plastik

9.panaskan oven 15 minit sblm bakar pd suhu 170c

10. Paipkan topping atas doh td. Bakar pd rak tengah dgn suhu 170c selama 15-20 minit hingga roti bewarna keperangan.

Bahan filling:
  • 200g butter
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 70g gula perang

Cara²:

1. Pukul butter dgn mixer pd klajuan sederhana selama 3 minit

2. Masukkn esen vanila dan gula perang. Pukul hingga sebati

3. Simpan dlm peti sejuk sehingga sedia utk digunakan

Bahan topping:
  • 100g butter
  • 80g gula icing
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar nescafe + 1/2 sudu besar air panas (sy guna kopi segera ali cafe je sbb nescafe xde)
  • Nk guna coffe emulco pon boleh..
  • 100g tepung gandum

Cara²:

1. Pukul butter dgn mixer pd kelajuan sederhana slama 5 minit

2. Masukkan telur, gula icing, dan perasa coffee

3. Masukkan tepung dan putar hingga sebati

4. Simpan dlm peti sejuk shingga sedia digunakan.


By : Nurul Afifah Abdullah

Selamat Mencuba.. 
Silakan Share..









Selamat mencuba!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Mexican Bun Ala Roti Boy (SbS)"

  1. Bread improver dgn bread softener kalau x guna xpe ke? Butter tu brand ape ye guna?

    ReplyDelete