Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai | Ummm... kecur rasa air liur bila mengenangkan ala thai ni.. huhuu... dengan ika siakap pula.. fuhh...

Jom cuba..

Bahan ikan:
  • 1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
  • Serbuk kunyit dan garam

Bahan sos:
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 cm halia - hiris kasar
  • 8 biji cili padi - diketuk
  • 3 biji cili merah - hiris
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula

Bahan potong dadu:
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tin kecil nenas dalam tin (ganti dengan cendawan butang)
  • 1 biji tomato buah
  • ½ biji cili benggala merah
  • ½ biji cili benggala hijau
  • ½ biji cili benggala kuning
  • ½ biji timun

Cara penyediaannya:
  1. Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili.
  5. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.
  7. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi.
  8. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.
  9. Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng.
  10. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!!

Oleh: Azie Kitchen

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai http://banyakresepi.blogspot.my/


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai"