Resepi Ikan Merah Masak Kari | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ikan Merah Masak Kari

Resepi Ikan Merah Masak Kari | Kali ini kita cuba resepi ikan pula. Ikan merah sedap masak dengan pelbagai resepi. Sebab ikan itu sendiri memang enak, isinya yang padat dan lembut. Jika yang fresh, fuhh lagi sedap. Jom cuba resepi di bawah.

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor Ikan Merah (di bersih dan di potong ikut citarasa
  • 10 tangkai sayur bendih (Lady Fingers) di potong hujung2nya
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 6/8 biji cili padi di kisar
  • 1 inch halia - dikisar
  • 1/2 sudu teh biji rempah halba - Fenugreek
  • 1/2 sudu besar biji rempah ratus kari ikan (Mustard seed, cumin)
  • Air secukup - untuk kuahnya
  • 1 biji buah tomato - di potong empat
  • 1 mangkuk air assam jawa/jus lemon
  • 2 batang terung di potong dadu
  • Sayur kobis 1/4
  • 3 batang serai dititik
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Canola / Sayur untuk menumis

Cara penyediannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukan serai yang sudah dititik.
  2. Letakan bahan-bahan kisar, bawang besar, bawang putih, halia, cili kisar, rempah-rempah biji ikan dan serbuk kari.
  3. Gaulkan rata, biarkan ia masak hingga garing, letakan air asam dan air secukup untuk kuahnya.
  4. Bila mula mendidih masukan semua sayur-sayur kobis, terung, sayur bendi.
  5. Rasa kuahnya letakan garam secukup rasa.
  6. Tutup tudung periuk biar ia mendidih kemudian letakkan kepingan ikan nya, biarkan ia masak.
  7. Sajikan panas-panas dengan nasi atau makan bersama roti.

Oleh : Joha Hassan

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Resepi Ikan Merah Masak Kari http://banyakresepi.blogspot.my/

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ikan Merah Masak Kari"

Post a Comment