Resepi Donut Gebu & Sedap (SbS) | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Donut Gebu & Sedap (SbS)

Resepi Donut Gebu & Sedap | Hari ini saya ingin berkongsi TUTORIAL step by step RESEPI DONUT GEBU yang paling 3S -SEDAP, SENANG, STEP SIMPLE. Sangat sesuai bagi yang ingin berniaga kecil-kecilan kerana RESEPI DONAT GEBU ini hanya memerlukan masa lebih kurang 25 MINIT bagi menghasilkan 130 biji DONAT GEBU.

Tutorial & resepi ini menjanjikan 2 kebaikan yang nyata. PENGGUNAAN MASA YG MINIMUM & PENGHASILAN DONUT YG SEDAP DAN GEBU. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua kawan-kawan. Amin.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : FB Noorastella Muhamma


Garing di luar, tekstur dalaman yg lembut dan spongy, bila makan tak cukup 1, kekal lembut walaupun sudah sejuk. smile emoticon

Resepi ini sgt mudah dan simple. 
Resepi donut gebu ini menjanjikan :

-TIDAK PERLU menggunakan acuan.
-TIDAK PERLU bancuh yis guna air suam.
-TIDAK PERLU perap adunan doh.
-TIDAK PERLU teknik tumbuk2 adunan doh utk keluarkan angin.
-TIDAK PERLU masa yg lama utk tunggu adunan doh kembang.

Resepi Donut Gebu & Sedap https://banyakresepi.blogspot.com


Bismillah. Mari kita mulakan tutorial donut gebu ini. Saya gunakan 2kg tepung gandum utk menghasilkan 130 biji donut gebu mengikut size ukuran jualan sy. Air 1 1/4 mangkuk seperti dlm gambar.



Utk penggunaan 2kg tepung gandum, saya gunakan :

-1 sudu garam (ratakan)
-2 sudu gula (ratakan)
-3 sudu yis (ratakan)
-1 sudu makan baking powder
-1 senduk nasi margerin (penuhkan)



Masukkan semua bahan-bahan dan tepung gandum dalam besen besar.



Gaul rata semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.



Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh yang sekata.



Ini adalah doh yang baik. Memang terlalu lembik dan masih melekat pada tangan dan sekeliling besen.



Pastikan oles tapak tangan dgn minyak masak sebelum bahagikan adunan donut. Ini bagi mengelakkan adunan doh yg sgt lembik tadi dari melekat pada tangan. Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. Jika anda baru melakukan proses ini, size doh mungkin tidak sekata. Bila sudah berulang kali melakukannya, InsyAllah anda akan rasa senang melakukannya dan size doh akan sekata (sama besar). Ulangi sampai habis.



Susun secara bejarak dlm loyang besar. Ini kerana adunan akan kembang 3 x ganda dengan pantasnya.



Inilah hasil pembahagian doh dari penggunaan 2 kg tepung gandum. Bila habis sahaja proses pembahagian doh ini, mula panaskan minyak untuk mulai menggoreng.



Ketika minyak sudah panas (guna api perlahan), gunakan hujung jari dan cucuk tengah-tengah doh kemudian tarik perlahan angkat dari loyang.




Kemudian tarik menggunakan 2 jari utk renggangkan sedikit lubang di tengah donut.



Perlahan-lahan masukkan dlm kuali. Masukkan dlm minyak panas dgn cara gelongsorkan doh dr tepi kuali. Ini bg mengelakkan minyak dari terpercik. Utamakan keselamatan.



Masukkan cukup-cukup penuh permukaan minyak sahaja. Ini bagi memastikan donut masak dgn sekata. Bila habis sahaja proses memasukkan donut, cepat2 ambil sudip goreng dan terbalikkan donut. Ini bertujuan bagi memastikan permukaan donut yg tidak rata pd bahagian bawah sempat utk halus.



Goreng sampai warna donut bertukar keemasan. Tidak perlu goreng lama. Memadai 2-3 minit bagi mengelakkan donut keras kerana lama di goreng. Paling penting di sini, api kena perlahan.



Sambil-sambil menggoreng, blend gula pasir untuk di jadikan salutan donut. Cara saya ini cara paling jimat dan mudah. Terpulang kehendak anda. Boleh juga beli siap gula aising sekiranya ingin memudahkan kerja anda.



Tuang gula yang siap di blend dalam bekas besar yang bertutup.



Tuang donut yang siap di goreng dan tutup bekas. Goncang bekas bagi memastikan gula tersalut rata pada donut yang gebu.



Inilah tekstur dalaman donut gebu. Spongy, ringan dan lembut. Makan sebiji memang tak cukup. Hihihi.. 

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..



About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Donut Gebu & Sedap (SbS)"