Resepi Nasi Arab Ayam Kambus | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Arab Ayam Kambus

Resepi Nasi Arab Ayam Kambus | Perhhh.. Kalau try nasi arab ayam kambus ni kat rumah memang terbaik lah. Comfirm anak bini laki suka, bergantung pada siapa yang buat la ya, kalau wife buat, laki anak la suka, kalau laki yang buat, comfirm² la bini tu tersengih gembira ya tak. Huhuuu.. 

Senang jer resepinya pun. Tunggu nak buat ke tak jer.. Jom try..

Semoga bermanfaat.



Sumber resepi : Mohamad Fajrie Yiey


Nasi arab. bahan smua ada kat rumah. senang sebenarnya nak buat. buat sendiri kebersihan terjamin.




Untuk ayam:


• beberapa ketul ayam
• cili besar hijau merah
• 1 kiub ayam
• bawang merah
• tomato
• lada hitam
• kayu manis
• serbuk jintan manis
• ketumbar



rebus semua bahan di atas dalam 30 minit,

siap rebus asingkan ayam



Perapan Ayam:

serbuk kunyit, garam, madu/ gula (jika xde madu)


Nasi:

beras basmathi rendam dulu 30 minit kalau beras biasa rendam 5 minit.

• lada hitam

• ketumbar

• jintan manis



tumis bahan-bahan di atas dengan butter/ minyak sapi/ minyak biasa sampai naik bau kemudian masukkan beras. kacau dalam 1 minit


masukkan kuah rebusan ayam bersama 'sampah-sampah' nya sekali. ayam letak atas sekali. taburkan daun ketumbar.



Untuk salad:

• timun batang
• bawang merah
• daun salad
• tomato 
• sedikit garam
• perahan lemon

potong-potong semua perasa dengan garam dan air lemon



Untuk sambal:

• lada besar
• cili padi
• tomato 
• daun ketumbar
• peraham lemon
• gula
• garam

tumbuk/ blender bahan-bahan tu sampai lumat.



***sukatan smua ikut citarasa sendiri ye.. sy tak reti nak sukat-sukat ni 
nasi arab homemade is done......


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Arab Ayam Kambus"

Post a Comment