Resepi Ayam Masak Rendang!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Rendang!!


Bahan-bahannya:


  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan
  • 2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan
  • garam dan gula - secukupnya
  • air asam jawa - secukupnya


Bahan Mesin:


  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 cili kering
  • 25 biji cili api


Cara penyediaannya:


  1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar dan tumis hingga garing dan harum.
  3. Masukkan ayam dan serai yg dititik kacau hingga sebati.
  4. Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.


Oleh : Azlita
Resepi Ayam Masak Rendang!!

Resepi Ayam Masak Rendang!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Rendang!!"

Post a Comment