Resepi Telur Bungkus Terbaik!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Telur Bungkus Terbaik!!

Resepi Telur Bungkus Terbaik!! | Kali ini kita masak lain sikit. Asyik ayam, ikan, daging jer.., sekali sekala makan telur pulak. Kita buat telur bungkus. Perghh, terbaik tau.. sedap sangat..aumm...

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 250 g isi ayam – dipotong dadu
  • 150 g sayur campur (mix veggie)
  • 7 ulas bawang merah – dikisar
  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula

Cara-cara (buat inti ayam)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
  4. Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.

Cara-cara (buat telur bungkus)

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
  4. Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut
  5. Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Aneka Resepi Masakan
Resepi Telur Bungkus Terbaik!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Telur Bungkus Terbaik!!"

Post a Comment