Resepi Gulai Lemak Nangka | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Gulai Lemak Nangka

Resepi Gulai Lemak Nangka | Cikgu masak ikut kesedapan tersendiri. Boleh cuba jika inginkan kelainan. Betul kata peminat gulai ini. Ratah macam tu je pun sedap. Memang boleh habis satu periuk.

Jangan lupa cuba ikan bakar 'juicy' dan lengkapkan dengan ulam-ulaman segar. Kalau ada budu tempoyak lagi terangkat.

Ada yang tak sabar nak cuba ke?
Haa silakan komen sebelum menekan butang kongsi untuk memanjangkan lagi resepi cikgu ye.

Semoga bermanfaat.


Sumber resepi : Fb Afy AL Habibi



Bahan-bahan kisar:

- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 hiris lengkuas
- 10 ekor ikan bilis
- 2 inci kunyit hidup
- 4 hiris bulat serai
- 3 tangkai cili padi




Panaskan sedikit minyak.
Tumis 1 batang serai yang telah diketuk dan 3 helai daun limau purut. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.

Untuk menaikkan aroma dan rasa gulai yang sedap, masukkan 1/4 sudu kecil serbuk kari cikgu Afy.




Kemudian tambahkan sedikit air. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil. Biarkan sehingga empuk.




Masukkan nise atau gula melaka secukupnya. Diikuti garam dan perencah mengikut citarasa sendiri. 

Seterusnya, tambahkan 3 senduk santan pekat.




Biarkan kuah mendidih dalam api perlahan. Kacau sesekali.




*buat awal sebelum masak kuah*

Untuk penyediaan nangka,

- potong kiub nangka
- masukkan ke dalam periuk yang berisi air.
- tambahkan gula dan sedikit garam.
-rebus sehingga empuk dan toskan.




Masukkan nangka tadi ke dalam kuah.

Biarkan ia mesra.

Tambahkan garam gula jika perlu.




Akhir sekali, masukkan cili dan daun limau purut untuk mencantikkan warna kuah sebelum dihidang.




Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Gulai Lemak Nangka"

Post a Comment