Resepi Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Sayur Campur!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Sayur Campur!!

Resepi Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Sayur Campur!! | Assalam n hye. Ni resepi Nasi Tomato simple dengan lauk yang saya buat semalam, ayam masak merah dengan sayur campur ala mamak. Boleh la buat idea masakan untuk buat hujung minggu ke, jamu tetamu yang bertandang ke...


Sumber : Salimah Olie



Bahan tumis utk nasi. Tomato cincang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan



Susu cair & tomato puri



Sediakan periuk utk menumis. Sy guna periuk nasi je sebab nak tanak dalam rice cooker. Cairkan mentega dgn sedikit minyak masak. Lagi best kalau guna minyak sapi.



Mentega dah cair, masukkan rempah 3 serangkai dulu. Dah naik bau masukkan semua bawang, halia dan daun pandan. Wangi bau masa ni





Masukkan puri tomato dalam 3sudu besar. Kacau sebentar masukkan air. Nisbah air dan beras mengikut sukatan beras. Sy guna beras biasa.



Bila dah mendidih, masukkan susu cair dalam setengah cawan. Sy tuang je agak2 sbb dah terbiasa ikut my mom masak takda sukat2. Setengah org suka letak gula sbb nak nasi rasa manis2. Sy tak letak



Kemudian masukkan beras yg dah dicuci bersih. Sy guna 2pot je. Jangan lupa selawat naaaa. Niat moga2 elok kejadiannya. InsyaAllah nasi masak elok (petua org lama). Masuk tomato cincang dan 1 sudu kecil garam. Kacau kejap then masukkan periuk dalam rice cooker. Masak mcm biasa



Alhamdulillah elok nasi tomato ni. Tak mentah, tak terlalu lembik. Kalau nasi mentah, tuang dalam secawan air panas sambil kacau nasi dan set "COOK" dalam rice cooker sekali lagi. Setel bab nasi . Buat ayam pulak



Gaul ayam dgn garam dan kunyit. Biar dalam 20 minit. Goreng separuh masak atau masak terus pun takpa. Terpulang kalau nak jimat masa



Sambil tunggu ayam digoreng, blend cili kisar dgn 2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2inci halia. Sy campur je cili kering yg dah siap kisar. Kalau tak tau, amik dalam segenggam cili kering, rebus sampai lembut dan blend



Minyak bekas goreng ayam td, buang sikit tinggal dalam 3-4 sudu. Panaskan minyak pastu masukkan serai dalam 2 batang dan masukkan bahan blend td. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak



Dah pecah minyak masukkan sesudu tomato puri. Kalau takda boleh masukkan sos tomato 2 sudu. Pastu masukkan air dalam semangkuk



Tunggu sampai mendidih, masukkan ayam, sos cili dalam 2 sudu. Masukkan sedikit gula ikut citarasa. Setengah org suka sambal manis2 pedas, setengah suka masin2. Terpulang



Masukkan bawang besar dipotong bulat2. Masukkan air asam jawa sedikit je, jgn banyak sbb puri tomato dah masam. Dan garam secukup rasa. Biar sampai pekat



Masukan tomato yg dibelah 4. Adjust rasa secukupnya. Excuse sambal yg merecik ke dinding tu. Nama pun masak sambal kannnn



Siap ayam masak merah. Hias dengan kacang peas. Sedap!



Sy tak buat acar timun sebab tak berapa minat. So sayur buat sayur tumis ala kedai mamak (mamak jgn marah plz ). Ok sayur ni senang je. Tumis bawang putih, bawang besar dan biji sawi. Tambah cili merah. Dah naik bau masukkan carrot yg dipotong halus memanjang. Tambah sedikit kunyit, dalam hujung sudu je. Carrot dah lembut, masukkan kacang panjang pastu garam. Tumis sampai masak. Siap.



Siap Nasi Tomato dgn lauk pauk yg ringkas tp confirm orang mintak. Sy post smlam ramai yg teringin. Ampun kawan2.... Kalu dekat boleh la nak bg rasa. Haha... Makan jgn lupa bismillah... Lg satu kuis nasi elok2, sy smalam tergigit buah pelaga excited sgt nak makan sampai tak perasan. 

Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Sayur Campur!!"

Post a Comment