Resepi Sup Daging Terbaikk!! | Asalamualaikummmm... idea memasak ramadan kali ni yang simple2 je eh... sup daging kekasih ku di ambil org wah tajuk nye khas tuk kekasih2 curang jangan tambah racun tikus hahaa jom2 cikedot resepi
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : Azlina Ina Fans
Bahan-bahannya:
4 ulas bawang merah hiris
1/2 labu bawang besar hiris
basuh bersih akar dan batang saderi atau batang sup jangan masukkan dengan tanah-tanah galian die sekali haha sedikit halia hiris
ok sup bunjut beli yang sup tulang adabi
Ok daging dah rebus awal dengan seinci halia diketuk
Tumis bahan2 yang disebut kan awal tadi di dalam periuk hitam manis si tompok manggis hahaha... sampai garing dan naik bau
Masukkan carrot atau kentang kalau nak.. masuk kan air dan biar mendidih sampai bahan tadi empuk
Masukkan daging dan air rebusan daging sekali
Garam dan perasa serta cilipadi patah-patahkan bukan masukkan patah amin ok kalau nak pedaas sket xnak xyah letak
Hahaha masa ambik gambar ni lapar tahap gaban sampai menggeleto tangan.. harap korang nampak tu limau nipis bukan anggur perahkan dalam sup
Dah siap tabur daun bawang dan daun sup..
Makkkkk aih jangan pandang lama-lama perghh.sedap weh...
Resepi tambahan : Sambal Kicap Pedas Manis
15 tangakai cilipadi
1sb gula
tumbuk lumat
masukkan 2 bijik bawang putih tumbuk pecah-pecah je
tuang kicap
perah limau sket.. siap, makan dengan sup ni.. makkkkkk aih hahaha berasap beringusss
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
salam admin... Ada buat sewa page fb tak;?
ReplyDeleteWsalam..buat masa sekarang belum lagi.
Delete