Resepi Kuih Akok!! | Resepi kuih akok step by step... orang sabah pun pandai buat akok tau walau pun ✘ secantik akok kelantan... hehehe..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Bahan-bahan:
5 biji telor
150gm gula Melaka
30gm tepung gandum
200ml santan pekat ( saya pkai santan kotak)
100ml air
Secubit garam
3 helai daun pandan.
Caranya:
1- Air, manisan, dan daun pandan disatukan dalam periuk dan dimasak sampai mendidih.
2- Masukkan santan dan biarkan sejuk sebentar.
3- Bila dah suam, satukan dengan telor, tepung gandum dan garam. Blenderkan sekejap.
4- tapiskan kedalam acuan yang telah dipanaskan sekejap dan dioleskan dengan sedikit minyak.(saya guna acuan muffin je)
5- Bakar pada suhu 200 selama 15 - 20 minit. (bergantung dengan oven masing)
Siap untuk dihidangkan
Follow gambar di bawah..
About Aneka Resepi Masakan
Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek
0 Response to "Resepi Kuih Akok!! (SbS)"
Post a Comment