Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!!


Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan Sara. Menurut Sara, bila dia tak cukup masa, hidangan inilah yang di hidangkan untuk keluarganya. Hidangan ini juga merupakan hidangan ringkas dan mudah yang menjadi kesukaan Sara dan keluarganya.

Memang resepi ini mudah dan ringkas. Ianya juga sedap di makan dengan nasi hangat. Kata Sara lagi, lauk ini sesuai di gandingkan dengan ikan kerisi, ikan kembung, siakap atau ikan senangin. Hari ini ita masak menggunakan ikan kerisi. Berselera kami menikmati hidangan kami.. Terima kasih Sara..


Bahan-bahannya:



  • 2 ekor ikan kerisi ~ siang , cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan, angkat dan ketepikan.
  • 3 ulas bawang merah ~ di hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ di hiris
  • 1 inc halia ~ hiris halus
  • 5 tangkai cili padi ~ hiris halus boleh kurangkan atau tambah mengikut kesesuaian kepedasan
  • daun sup dan daun bawang di hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tauco ~ cuci dahulu
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaanya:



  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum
  2. Masukkan sos tiram dan air asam
  3. Kemudian tambahkan tauco
  4. Biarkan ia merenih
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan ikan dan daun sup dan daun bawang
  7. Tutup api dan angkat
  8. Hidangkan dengan nasi hangat.

Asal : Sara
Oleh : Azlita
Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!!

Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!!

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

1 Response to "Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!!"

  1. adakah kerisi sedap makan begitu sahaja

    ReplyDelete