Resepi Daging Goreng Kering!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Daging Goreng Kering!!

Resepi Daging Goreng Kering!! | Jom kita try resepi yang menyelerakan ini iaitu daging goreng kering yang sungguh mudah disediakan. jangan tak buat yer. resepi di bawah:

Bahan-bahannya:


  • 300 g daging lembu
  • 1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) – di hiris
  • 3 ulas bawang putih di ketuk atau di hiris
  • 2 -3 hiris halia
  • 5 -6 biji cili padi ( di potong atau sebiji sebiji )
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam


Cara penyediaannya:


  1. Daging di hiris nipis dan di bersih dan di toskan.
  2. Gaulkan daging tadi dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masak hingga kering airnya didalam kuali.
  4. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak hingga daging empuk.
  5. Bila daging telah empuk masukkan 2- 3 sudu makan minyak masak kedalam daging.
  6. Goreng daging seketika barulah masukkan bawang hiris, bawang putih, halia, dan cili hiris.
  7. Kacau daging tadi hingga bawang layu, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit lada sulah.
  8. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
InsyaALLAH peroleh pahala..


Sumber : Wana Yusuf
Resepi Daging Goreng Kering!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Daging Goreng Kering!!"

Post a Comment