Resepi Ayam Masak Padang!! | Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Ayam Masak Padang!!

Resepi Ayam Masak Padang!! Jom semua kita cuba masak ayam masak padang ni. memang berbaloi sebab sedap sangat-sangat tau. Try la yer semua.

Bahan A:


  • 1 ekor ayam - dibuang kulit dan potong kecil (goreng dulu 1/2 masak lagi sedap)
  • 5 helai daun limau perut dicarik halus
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 cwn santan dr 1/2 biji kelapa
  • 2 biji tomato di belah 4
  • 1 keping asam gelugur (asam keping la tu...)
  • 3 sudu makan minyak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 kiub ayam - ita tambah


Bahan B (dikisar):


  • 10 biji cili padi
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 inc halia
  • 2 inc kunyit
  • 3 inc lengkuas
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras


Cara Penyediaannya:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B dan serai sampai garing dan harum... grau...grau... bau diaaa... hihihi.
  2. Apabila sudah naik minyak masukkan ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan santan , daun limau perut, tomato dan asam gelugur dan masak dgn api perlahan sampai mendidih dan terbit minyak.
  4. Boleh lah dihidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala pon sodappp!!!



Selamat mencuba..
Jangan lupa share.. 

Oleh : Azlita
Resepi Ayam Masak Padang!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Masak Padang!!"

Post a Comment