Cara Buat Ais Limau Asam Boi!! | Resepi Tutorial Terbaek

Cara Buat Ais Limau Asam Boi!!

Cara Buat Ais Limau Asam Boi!! | Waktu berbuka puasa, benda yang korang buat minum dulu kan? Maklum la, tekak dah terlalu kering. Segelas konpem tak cukup, kalau boleh satu jug nak minum. Apa kata hari ni minuman untuk berbuka puasa tu cuba resepi Ais Limau Asam Boi pulak. Tak payah nak singgah gerai tepi jalan untuk beli. Buat sendiri sebab mudah, murah dan nak minum bergelas-gelas pun takde hal la. Aku pun nak cuba buat hari ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan :


  • Asam boi (kelabu & tebal)
  • Limau kasturi (banyak juga, dalam 30 biji camtu)
  • Air gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya



Cara-cara untuk membuat Ais Limau Asam Boi


  1. Buat air gula (air + gula, masak atas dapur)
  2. Rebuskan asam boi hingga agak kembang, air sedikit je
  3. Cuci dan bersihkan buah limau kasturi, potong dua (melintang), buang biji (tak buang pun takpe)
  4. Blend dengan kulit-kulit sekali (kulit limau bagus untuk rawatan bau badan tau)
  5. Tapis, masukkan dalam jug
  6. Masukkan air dan air gula, kacau hingga tahap kemanisan yang korang nak.
  7. Masukkan ais, akhir sekali masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Airnya terserah, nak campur sekali boleh, tak campur pun takpe (takut faktor kemasaman berganda)



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
InsyaALLAH peroleh pahala..


Oleh : Nick Nashram
Cara Buat Ais Limau Asam Boi!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Cara Buat Ais Limau Asam Boi!!"

Post a Comment