Resepi Gulai Ayam Terengganu Legend!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Gulai Ayam Terengganu Legend!!

Resepi Gulai Ayam Terengganu Legend!! | Jauh diperantauan, teringat masakan ibu di kampung. Oh ibu, anak mu ini sangat rinduu pada mu.. Sob3... Tak sabar nak balik raya, mohon ibu masak sedap-sedap. Gulai ayam ni wajib ada kan ibu?.. Sayang ibu.. Jom masak..


Bahan-bahannya:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia - sebesar ibu jari
  • *Semua di atas di kisar

Rempah gulai/ masak Terenganu - 2 sudu besar (beli timbang xda jenama, kalau bukan cap bunga ros pun ok. Tapi saya tak berapa gemar, sebab dia kuning sikit)

Rempah kari Adabi - 2 sudu besar (kalau tak ada rempah gulai, pakai rempah kari saja pun boleh. tapi tambah la, karang tak rasa pulak. kalau pakai rempah gulai saja pun boleh, tapi tak rasa kari. Ikut selera)


Cara penyediaanya:

  1. 1 ekor ayam yang dah dipotong dan dibersihkan, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yang dikisar dan campuran rempah. Gaulkan, tambah air sikit-(1 cawan) dan panaskan atas dapur biar empuk.
  2. Then, mayang (potong halus-halus) sebiji bawang besar, di kuali lain, tumiskan bersama 1 @ 2 sudu cili boh.
  3. Masukkan ssebatang kulit kayu manis dan sebiji bunga lawang. Bila dah garing bawang dan lada, tutup api dan tuang ke dalam periuk yang tengah masak ayam tadi. (Kalau nak kurangkan lemak atau nak cepat, tak perlu tumis, masukkan je cili boh tadi sekali dengan bawang kisar dan rempah tadi)
  4. Sementara ayam empuk, kalau nak letak kentang, boleh masukkan. kalau ada, masukkan 1 sudu kerisik (Orang Terengganu panggil nyior gula)
  5. Masukkan 1 keping asam gelugur.
  6. Kalau ada boleh masukkan sebiji tomato. potong suka hati jer- untuk menggantikan MSG.
  7. Next, masukkan garam dan gula melaka (Orang Teregganu panggil Nissang).
  8. Kalau letak gula melaka atau nissang ni lagi sedap. Manis dia lain berbanding gula. + ada aroma tambahan. letak ikut citarasa. kalau tak yakin, letak sikit-sikit dan rasa.
  9. Bila nampak ayam dah agak masak, masukkan 1 bungkus/ biji kelapa - santan.
  10. Lepas tu biar je dia mendidih. Tapi api biar sederhana.
  11. Bila ayam dah macam masak, perlahankan api dan tutup periuk supaya pecah minyak. Tapi jangan sampai banyak sangat minyak pulak.
  12. Boleh masukkan lada hidup kalau nak. Bila santan naik minyak, kita boleh bau aroma dia.
  13. Then boleh la tutup api. Emmm, dapp... Tak caya, try..

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Ibumal
Resepi Gulai Ayam Terengganu Yang Sedap!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Gulai Ayam Terengganu Legend!!"

Post a Comment