Resepi Ayam Panggang Rosemary Lazat!! | Aneka Resepi Masakan 2017

Resepi Ayam Panggang Rosemary Lazat!!

Resepi Ayam Panggang Rosemary Lazat!!


Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu makan jintan kasar
  • 2-3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit perasa
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
  • 5 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 6 biji baby carot
  • sedikit mentega

Cara penyediaannya:

  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu.
  2. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  4. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  5. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  7. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  8. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  9. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar.
  10. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
  11. Siap... boleh dimakan dengan apa sahaja. 


Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Wana Yusuf
Resepi Ayam Panggang Rosemary Lazat!!


About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi - resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

0 Response to "Resepi Ayam Panggang Rosemary Lazat!!"

Post a Comment